Perhiasan & Aurat
Perhiasan dan Aurat
Imam Syafie berpendapat perhiasan yang dimaksudkan dalam ayat diatas terbahagi kepada dua makna iaitu :
1. Perhiasan yang bersifat semulajadi seperti muka , pipi , mulut , mata , bibir , hidung , kaki , betis , peha dan lain-lain anggota.
2. Perhiasan seperti pakaian , alat-alat solek , cincin , rantai leher , gelang kaki dan sebagainya.
Umat islam perlu mengawal diri agar tidak melanggar batasan-batasan yang telah digariskan oleh Islam terutamanya dalam soal perhiasan dan berpakaian untuk memastikan benar-benar menutup aurat dan mengelakkan Tabarruj.
Pakaian Yang Menutup Aurat Dalam Islam
Garis panduan pakaian yang menutup aurat mengikut syarak seperti berikut :
1. Pakaian itu hendaklah menutup aurat.
2. Pakaian itu hendaklah longgar, tidak sempit atau ketat hingga menampakkan bentuk susuk tubuh badan.
Usamah bin Zaid pernah menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w telah menerima hadiah sejenis kain Qibtiah yang kurang tebal daripada seorang yang bernama Dahiyah Al-Albi dan Rasulullah s.a.w pula menghadiahkan kain tersebut kepada beliau (Usamah bin Zaid) , untuk dibuat pakaian tetapi Usamah memberikan kepada isterinya.
Suatu hari Rasulullah s.a.w bertanyakan Usamah : “Kenapa engkau tidak memakai kain Qibtiah itu?” Usamah menjawab : ” Saya telah berikan kepada isteri saya”. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda kepada Usamah : “Suruhlah isterimu mengalaskan kain tersebut dengan kain yang lain di bawahnya, kerana aku bimbang jika kain Qibtiah itu tidak digalas, maka akan kelihatanlah besar kecil tulang-tulang badan isterimu (bentuk tubuh badan isterimu)”.
3. Pakaian itu diperbuat daripada kain yang agak tebal, tidak nipis atau jarang yang boleh menampakkan bayangan tubuh badan.
Selain daripada itu, pakaian wanita hendaklah dibuat dari kain yang tidak terlalu licin dan lembut hingga melekat di tubuh dan membayangkan kulit pemakainya. Pakaian yang dibuat daripada kain-kain tersebut boleh mempamerkan rupa bentuk anggota badan wanita yang boleh mengghairahkan lelaki yang memandangnya.
4. Pakaian itu tidak berbentuk hiasan yang boleh menarik perhatian orang melihatnya kerana bentuk hiasan akan menarik lelaki melihat ke arah pakaian tersebut dan ke arah tubuh badan tersebut.
5. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian lelaki. Pakaian menunjukkan perbezaan jantina antara lelaki dan wanita dan untuk mengelakkan fitnah ke atas si pemakai. Pakaian juga suatu proses pembentukan fikrah ke atas pemakai maka penjagaan dan pengasingan jenis pakaian mengikut jantina juga perlu.
6. Tidak memakai wangian yang sehingga ia mampu dihidu oleh orang lain (bau yang agak kuat). Wangian mampu menarik perhatian lelaki terhadap wanita dan mampu merangsang sedikit nafsu ke atas wanita.
Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya : “Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina”.
7. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian orang-orang kafir atau musyrik. Pakaian juga membezakan seseorang dilihat secara luaran dari segi agamanya , maka seseorang yang beragama Islam dilarang memakai pakaian orang kafir atau musyrik dan dilarang memakai pakaian yang menyerupai pakaian orang kafir dan musyrik supaya seseorang yang beragama Islam dilihat secara luarannya daripada pakaiannya bahawa menunjukkan ia adalah beragama Islam
Comments
Post a Comment