Kempen Cintailah Alam Sekitar
Dari Segi Bahasa
ALAM bermaksud
dunia, bumi atau segala yang terdapat di langit dan di bumi
SEKITAR bermaksud di tempat atau di sekeliling
Perkataan “alam sekitar” atau dalam bahasa Inggeris disebut “environment” membawa maksud keadaan sekeliling atau lingkungan. Oleh itu, sekirannya berdasarkan kepada terjemahan literal, maka perkataan “alam sekitar” adalah menuju kepada apa sahaja yang melingkungi manusia. Bagaimanapun, secara khusus perkataan alam sekitar merujuk kepada fenomena fizikal sama ada biotik atau abiotik yang melingkungi suatu organisma. Fenomena fizikal ini termasuk juga fenomena yang berkait dengan iklim dan cuaca. (Mohd Zuhdi Marsuku, 2002)
Kesemua definisi yang dikemukakan di atas secara umumnya menjelaskan alam sekitar adalah keseluruhan fenomena sekeliling yang boleh mempengaruhi kehidupan sesuatu organisma.
Definisi ini adalah definisi yang diterima dalam pengajian Sains Alam Sekitar yang hanya terbatas kepada fenomena fizikal sesuai dengan pandangan semesta moden yang berteraskan kepada metode emperikal. (Mohd Nur Hakimi Razana, 2004)
Terdapat satu lagi definsi alam sekitar. Namun ia lebih kepada kefahaman “environmentalisme“. Dijelaskan bahawa ia merupakan satu istilah geografi tentang doktrin falsafah yang memberikan penekanan terhadap aspek fizikal alam sekitar seperti keadaan iklim dunia yang berkaitrapat dengan aktiviti manusia.
Kesemua definisi yang dikemukakan di atas secara umumnya menjelaskan alam sekitar adalah keseluruhan fenomena sekeliling yang boleh mempengaruhi kehidupan sesuatu organisma.Dalam menguruskan alam sekitar,barat memperlihatkan bahawa etika alam sekitar dalam diri manusia adalah penting bagi menjamin kualiti alam sekitar.Prinsip-prinsip tentang alam sekitar yang dibahaskan oleh Barat tidak harus bersifat teori sahaja sebaliknya mestilah berupaya dipraktikkan.
Pengurusan alam sekitar di Barat bermula pada akhir kurun ke 19 kesan daripada Revolusi Industri. Perkembangan itu bermula dengan tercetusnya kebimbangan ke atas kesan yang timbul daripada proses pembangunan ke atas alam sekitar.
Oleh itu, mereka berusaha dengan pelbagai kaedah bagi mengawal kualiti alam sekitar daripada terjejas.Namun,walauapapun kaedah atau langkah yang diambil, mereka masih lagi gagal untuk menguruskan alam sekitar dengan berkesan.
Menurut Pandangan Islam
Alam sekitar
adalah milik mutlak Allah yang dipinjamkan kepada manusia utk kelangsungan hidup
& pembangunan tamadun.
Firman
Allah SWT: “Allah jualah yang menguasai alam langit dan bumi serta segala yang
ada padanya; dan Dialah jua Yang Maha Kuasa atas Hap-Hap sesuatu” (Surah
al-Maidah, 5: 120)
“Manusia tidak berhak melakukan sewenang
wenangnya terhadap alam sekitar”
→ dibekalkan dgn kebolehan & kelebihan yang ada pada makhluk lain utk
menyembah dan mengabdikan diri kpd Allah SWT
Firman Allah SWT: “Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku) (Surah az-Zaariat, 51: 56)
Kajian al-Quran & Sunnah menunjukkan bahawa
alam sekitar & ilmu yang berkaitan dengannya mempunyai peranan yang sangat besar kepada manusia yakni untuk mengenal Tuhan yang menciptanya.
Tujuan Allah menerangkan fenomena-fenomena alam
adalah supaya manusia dapat melihat, berfikir & mengkaji tentang kejadian
alam.
Dengan itu, manusia akan lebih memahami cara yang
betul untuk berinteraksi dengan alam agar ia dapat diurus & ditadbir dengan
sempurna.
Comments
Post a Comment