Kempen Menutup Aurat Itu Wajib
Pengertian Aurat
Aurat diambil dari perkataan Arab ‘Aurah’ yang bererti keaiban dan dalam istilah feqah pula aurat diertikan sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan.
Dalam Islam terdapat beberapa keadaan atau situasi di mana masyarakat Islam dibenarkan membuka aurat dan ia hanya pada orang-orang yang tertentu saja.
Hukum Menutup Aurat
Hukum menutup aurat adalah WAJIB, ia sebagaimana difirmankan oleh Allah s.w.t dalam Surah al-Ahzab ayat 33 :
وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الأولَى وَأَقِمْنَ الصَّلاةَ وآتِينَ الزَّكَاةَ وَأَطِعْنَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنْكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيرًا
Dan hendaklah kamu tetap diam di Rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti Yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu Dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara Yang mencemarkan diri kamu – Wahai “AhlulBait” dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari Segala perkara Yang keji). (Surah al-Ahzab : ayat 33)
Bersandar ayat di atas maka jelaslah bahawa hukum menutup aurat adalah wajib dan tiada alasan untuk tidak melaksanakan ia.
Dengan menutup aurat maka ia mudah dikenali sebagai seorang muslim dan mukmin. Bagi wanita pula ia dapat mengelakkan daripada golongan yang ingin mengambil kesempatan , mengelakkan timbulnya fitnah ke atas dirinya dan mengelakkan diri dari merangsang nafsu lelaki serta fahami sebab lelaki gemar melihat tubuh badan wanita.
Ia juga sebagaimana difirmankan oleh Allah s.w.t dalam Surah al-Ahzab ayat 59 :
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لأزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan Yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara Yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan Yang baik-baik) maka Dengan itu mereka tidak diganggu. dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah al-Ahzab : ayat 59)


Comments
Post a Comment