Kempen Perpaduan Kaum
Maksud Perpaduan
Maksud perpaduan kaum ialah semua kaum di dalam sesebuah negara saling bekerjasama atau erti kata yang lain berganding bahu untuk membentuk negara yang makmur dan damai. Sesebuah negara yang maju tidak akan wujud tanpa perpaduan dari semua kaum. Contohnya, negara Jepun yang mempunyai perpaduan 100% menyebabkan negara itu membangun dengan megahnya.
Kepentingan Perpaduan
- Selain itu, ramai pelancong luar negara berkunjung ke Malaysia kerana tertarik dengan budaya masyarakat berbilang kaum yang terdapat di Malaysia. Banyak keunikan cara hidup masyarakat pelbagai kaum dapat ditonjolkan seperti kepelbagaian makanan, pakaian, rumah ibadat, kesenian dan sebagainya kepada pelancong asing. Keunikan inilah yang menyebabkan pelancong dari Eropah, Timur Tengah dan Asia Timur datang ke Malaysia untuk melihat dengan lebih dekat kebudayaan pelbagai kaum.
- Di samping itu, perpaduan kaum juga secara tidak langsung mampu mengukuhkan ekonomi negara. Tidak dapat dinafikan bahawa antara sebab utama pelabur asing berani menanam modal di sesebuah negara adalah kerana kestabilan politik dan perancangan kerajaan yang mesra pelabur.
Comments
Post a Comment