5 Konsep Utama Pengurusan Alam Sekitar Menurut Islam

Islam meletakkan 5 konsep penting yang perlu diterapkan ke dalam diri manusia supaya wujudnya proses pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar :


1) Konsep Tauhid

2) Konsep Syariah

3) Konsep Ilmu

4) Konsep Khalifah

5) Konsep Akhlak

 

1) Konsep Tauhid

Dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar, aspek penting yang paling ditekankan ialah konsep tauhid. Ini kerana ia merupakan keperluan asas dalam Islam. Dalam pandangan tauhid, manusia hanya takut pada satu kuasa dan dipertanggungjawabkan dihadapan seorang hakim sahaja, mengadap pada satu kiblat dan menumpukan harapan dan kehendak pada satu sumber sahaja.


2) Konsep Syariah

Syariah adalah teras perundangan hidup Islam. Segala teori Syariah merangkumi semua aspek kehidupan manusia dan meliputi kehidupan peribadi, sosial, politik dan intelektual. Secara praktiknya, ia memberi makna dan isi kepada perbuatan orang Islam dalam kegiatan mereka di dunia


3) Konsep Ilmu

Sebagai langkah ke arah pemeliharaan dan pemuliharaan 
alam sekitar, ilmu pengetahuan merupakan perkar penting yang mesti ditekankan. Ini kerana orang yang berilmu dan mengamalkannya tidak akan melakukan perkara-perkara yang boleh merosakkan diri, masyarakat dan juga alam sekitar.

4) Konsep Khalifah

Dalam konsep mengurus alam sekitar, konsep ini amat penting untuk manusia menjaga alam sekitar. Apabila mereka sedar diri mereka sebagai seorang khalifah, maka mereka tidak akan melakukan kerosakan kepada alam sekitar malah akan menjaga dengan sebaik mungkin

5) Konsep Akhlak

Akhlak adalah amat penting terutama sekali kearah pengurusan ala sekitar. 
Akhlak yang mulia adalah akhlak yang mengarahkan ke arah kebaikan dan keharmonian. Dalam konsep penjagaan alam sekitar, sifat-sifat mulia seperti kasih sayang, sifat suka menjaga kebersihan, bertanggungjawab dan sikap murni yang lain amat penting dalam menjaga alam sekitar dengan sebaiknya.




Comments

Popular posts from this blog

Kempen Kesedaran Anti Dadah